Saturday, February 18, 2012

Jemputan ke Mesyuarat Agung Kali Pertama 2012

Salam,


Semua Penduduk Taman Ramal Suria adalah dijemput ke Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria untuk kali pertama setelah mendapat Pendaftaran secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan negeri Selangor.


Mesyuarat Akan diadakan pada hari Ahad 26 Feb 2012 di Lapangan Rekreasi Jalan 1, Taman Ramal Suria. jam 8.30 pagi..


InsyaAllah Majlis akan dirasmikan Oleh YDP Majlis Daerah Kajang(MPKj)


Setiausaha

Friday, February 3, 2012


ATURCARA

8.00 Pagi Gotong Royong
6.45 ptg Perarakan di Taman Ramal Suria
7.20 mlm Solat Magrib Berjemaah
                 Ceramah Agama oleh Ustaz Zamri Syafiq(JAKIM)
                Jamuan Makan    


Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria

Wednesday, February 1, 2012

Kempen Bayar Yuran Kawalan Keselamatan

PENTING SEBELUM  15 FEB 2012
Salam,

Penduduk Ramal Suria adalah diseru supaya menyegerakan bayaran tertunggak bagi Kawalan Keselamatan.

Ini adalah sangat penting bagi menanggung kos kawalan Keselamatan kepada pihak Syarikat berkenaan.

Mesej ini dari
Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria

Monday, October 31, 2011

Tragedi Kebakaran di Ramal Suria pada 31 Okt 2011




Alhamdulillah semua ahli keluarga mangsa selamat.
Kemalangan berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dilaporkan oleh jiran-jiran berhampiran
apabila nampak kepulan asap yang banyak keluar daripada rumah mangsa.

Tuesday, October 25, 2011

2 Ekor Lembu akan ditumbangkan dalam Korban 2011 TRS

Salam Korban 1432 H,

InsyaAllah, Surau Taman Ramal Suria dengan kerjasama jiran-jiran berdekatan termasuk Jalan Anggerik akan menumbangkan 2 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini..

Bagi penduduk Ramal Suria adalah dijemput ke Majlis tersebut lagi memeriahkan lagi acara

Friday, July 29, 2011

Majlis Sambutan Ramadan 1432H

Majlis sambutan Ramadan 1432h diadakan di Taman Ramal Suria pada
20 hb Julai 2011.
Kira-kira lebih 20 orang hadir dalam majlis pada sebelah pagi..




Pada sebelah malam, ceramah agama oleh AlFadhil Ustaz Zaidi Bin Ramli
Kira-kira 50 warga Ramal Suria hadir dan sebahagiannya ialah muslimat.
Di antara kandungan intisari ceramah beliau ialah
1. Umat Islam perlu belajar menghayati kefahaman Akidah.
2. Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu membaiki sifat keRASAan kepada setiap ibadah.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Majlis tamat sekitar jam 10 mlm.