Monday, October 31, 2011

Tragedi Kebakaran di Ramal Suria pada 31 Okt 2011




Alhamdulillah semua ahli keluarga mangsa selamat.
Kemalangan berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dilaporkan oleh jiran-jiran berhampiran
apabila nampak kepulan asap yang banyak keluar daripada rumah mangsa.

Tuesday, October 25, 2011

2 Ekor Lembu akan ditumbangkan dalam Korban 2011 TRS

Salam Korban 1432 H,

InsyaAllah, Surau Taman Ramal Suria dengan kerjasama jiran-jiran berdekatan termasuk Jalan Anggerik akan menumbangkan 2 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini..

Bagi penduduk Ramal Suria adalah dijemput ke Majlis tersebut lagi memeriahkan lagi acara

Friday, July 29, 2011

Majlis Sambutan Ramadan 1432H

Majlis sambutan Ramadan 1432h diadakan di Taman Ramal Suria pada
20 hb Julai 2011.
Kira-kira lebih 20 orang hadir dalam majlis pada sebelah pagi..




Pada sebelah malam, ceramah agama oleh AlFadhil Ustaz Zaidi Bin Ramli
Kira-kira 50 warga Ramal Suria hadir dan sebahagiannya ialah muslimat.
Di antara kandungan intisari ceramah beliau ialah
1. Umat Islam perlu belajar menghayati kefahaman Akidah.
2. Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu membaiki sifat keRASAan kepada setiap ibadah.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Majlis tamat sekitar jam 10 mlm.

Sunday, May 22, 2011

Gotong Royong pada23 Mei 2011

Salam,

Kira-kira 30 orang penduduk TRS hadir dalam majlis gotong-royong anjuran Persatuan Penduduk Tmn Ramal Suria(PPTRS) pada hari ini 22 Mei 2011.


Sebelum memulakan majlis, Ustaz KhairunNaium memimpin bacaan Tahlil hadiah kepada arwah yang meninggal dalam tragedi tanah runtuh di Maahad Yatim Al-Takwa Hidayah di Hulu langat semalam 21 Mei 2011.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PPTRS iaitu Tn Hj Md Noh. Amanat disampaikan oleh beliau ialah objektif gotong royong iaitu menjalin silaturrahim selain membersihkan persekitaran taman ramal suria.


Laporan Oleh : Setiausaha

Friday, February 18, 2011

Ceramah Maulidurrasul 1432H

Berita baik untuk penduduk ramal suria dan penduduk di sekitarnya.
MARILAH sama-sama kita hadir bagi menandakan Kasih kita kepada Rasulullah s.a.w


Sunday, February 13, 2011

Gotong Royong Siri 1 -2011 Meriah

Persatuan Penduduk Tmn Ramal Suria telah menganjurkan gotong-royong membersihkan persekitaran taman pada Ahad 13 Feb 2011.

Program ini dihadiri kira-kira 30 orang warga TRS termasuk kanak-kanak dan kaum wanita.

Program diatur seperti sebelum ini dimana 2 kumpulan dibahagikan iaitu lelaki membersihkan halaman luar/taman permainan/longkang/dsb manakalan wanita ditugaskan membersihkan surau TRS.

Ustaz Mahayuddin sedang membimbing bacaan doa Selamat
Membersihkan halaman taman permainan

En Isaharudin sedang menyampaikan taklimat

En Megat sedang  mengira ukuran saiz surau baru

Us KhairuNaim dan anak2 sedang membersihkan halaman taman permainan