Saturday, March 3, 2012

Mesyuarat Agung Kali Pertama berlangsung dengan Aman dan Harmoni

Salam Kebajikan,

Kira-kira 70 orang hadir (48 dpdnya adalah ahli PPTRS) ke Mesyuarat Agung pertama Persatuan penduduk Taman Ramal Suria.

Berikut adalah diantara foto-foto yang sempat diambil oleh Setiausaha.












Saturday, February 18, 2012

Jemputan ke Mesyuarat Agung Kali Pertama 2012

Salam,


Semua Penduduk Taman Ramal Suria adalah dijemput ke Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria untuk kali pertama setelah mendapat Pendaftaran secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan negeri Selangor.


Mesyuarat Akan diadakan pada hari Ahad 26 Feb 2012 di Lapangan Rekreasi Jalan 1, Taman Ramal Suria. jam 8.30 pagi..


InsyaAllah Majlis akan dirasmikan Oleh YDP Majlis Daerah Kajang(MPKj)


Setiausaha

Friday, February 3, 2012


ATURCARA

8.00 Pagi Gotong Royong
6.45 ptg Perarakan di Taman Ramal Suria
7.20 mlm Solat Magrib Berjemaah
                 Ceramah Agama oleh Ustaz Zamri Syafiq(JAKIM)
                Jamuan Makan    


Anjuran : Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria

Wednesday, February 1, 2012

Kempen Bayar Yuran Kawalan Keselamatan

PENTING SEBELUM  15 FEB 2012
Salam,

Penduduk Ramal Suria adalah diseru supaya menyegerakan bayaran tertunggak bagi Kawalan Keselamatan.

Ini adalah sangat penting bagi menanggung kos kawalan Keselamatan kepada pihak Syarikat berkenaan.

Mesej ini dari
Persatuan Penduduk Taman Ramal Suria

Monday, October 31, 2011

Tragedi Kebakaran di Ramal Suria pada 31 Okt 2011




Alhamdulillah semua ahli keluarga mangsa selamat.
Kemalangan berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dilaporkan oleh jiran-jiran berhampiran
apabila nampak kepulan asap yang banyak keluar daripada rumah mangsa.

Tuesday, October 25, 2011

2 Ekor Lembu akan ditumbangkan dalam Korban 2011 TRS

Salam Korban 1432 H,

InsyaAllah, Surau Taman Ramal Suria dengan kerjasama jiran-jiran berdekatan termasuk Jalan Anggerik akan menumbangkan 2 ekor lembu bagi tujuan ibadah korban pada tahun ini..

Bagi penduduk Ramal Suria adalah dijemput ke Majlis tersebut lagi memeriahkan lagi acara

Friday, July 29, 2011

Majlis Sambutan Ramadan 1432H

Majlis sambutan Ramadan 1432h diadakan di Taman Ramal Suria pada
20 hb Julai 2011.
Kira-kira lebih 20 orang hadir dalam majlis pada sebelah pagi..




Pada sebelah malam, ceramah agama oleh AlFadhil Ustaz Zaidi Bin Ramli
Kira-kira 50 warga Ramal Suria hadir dan sebahagiannya ialah muslimat.
Di antara kandungan intisari ceramah beliau ialah
1. Umat Islam perlu belajar menghayati kefahaman Akidah.
2. Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu membaiki sifat keRASAan kepada setiap ibadah.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Majlis tamat sekitar jam 10 mlm.

Sunday, May 22, 2011

Gotong Royong pada23 Mei 2011

Salam,

Kira-kira 30 orang penduduk TRS hadir dalam majlis gotong-royong anjuran Persatuan Penduduk Tmn Ramal Suria(PPTRS) pada hari ini 22 Mei 2011.


Sebelum memulakan majlis, Ustaz KhairunNaium memimpin bacaan Tahlil hadiah kepada arwah yang meninggal dalam tragedi tanah runtuh di Maahad Yatim Al-Takwa Hidayah di Hulu langat semalam 21 Mei 2011.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi PPTRS iaitu Tn Hj Md Noh. Amanat disampaikan oleh beliau ialah objektif gotong royong iaitu menjalin silaturrahim selain membersihkan persekitaran taman ramal suria.


Laporan Oleh : Setiausaha

Friday, February 18, 2011

Ceramah Maulidurrasul 1432H

Berita baik untuk penduduk ramal suria dan penduduk di sekitarnya.
MARILAH sama-sama kita hadir bagi menandakan Kasih kita kepada Rasulullah s.a.w


Sunday, February 13, 2011

Gotong Royong Siri 1 -2011 Meriah

Persatuan Penduduk Tmn Ramal Suria telah menganjurkan gotong-royong membersihkan persekitaran taman pada Ahad 13 Feb 2011.

Program ini dihadiri kira-kira 30 orang warga TRS termasuk kanak-kanak dan kaum wanita.

Program diatur seperti sebelum ini dimana 2 kumpulan dibahagikan iaitu lelaki membersihkan halaman luar/taman permainan/longkang/dsb manakalan wanita ditugaskan membersihkan surau TRS.

Ustaz Mahayuddin sedang membimbing bacaan doa Selamat
Membersihkan halaman taman permainan

En Isaharudin sedang menyampaikan taklimat

En Megat sedang  mengira ukuran saiz surau baru

Us KhairuNaim dan anak2 sedang membersihkan halaman taman permainan

Sunday, October 3, 2010

Foto-Foto Meriah di Jamuan Hari Raya TRS 2010

Majlis Diadakan di fasa 2, Taman Ramal Suria, pada 3 Oktober 2010, dengan jayanya...

Pengacara Majlis Jamuan TRS 2010

Doa dibacakan oleh ustaz Mahyuddin

Pengerusu TRS memberikan sepatah dua kata

Jamuan dimulakan

Penuh kemeriahan

Seramai lebih 150 penduduk hadir

Lemang dan sate menjadi hidangan

Nasi minyak dan lauk ayam masak merah

Bersembang sambil menikmati hidangan

Acara makan secara bebas, meja terhad

Se-Keluarga

Layan anak kesayangan

pulun,

di luar khemah, pun jadi

kerusi  terhad, mcm ni pun buleh

Bendahari, sedang menikmati Satey

fikir nak makan apa lagi lepas ni...

Pengurusan Sykt Pemaju Lee Yen Kee turut hadir

Sunday, September 26, 2010

Jamuan Hari Raya Idul Fitri 1431 H

Majlis Jamuan Hari Raya Idul Fitri 1431h.


Tarikh : 3 Oktober 2010
Tempat : Jalan Ramal Suria 2, Fasa 2
Jam :     10.01 pagi

Semua penduduk Taman Ramal Suria dijemput Hadir..

Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri 1431 H

Persatuan penduduk Taman Ramal Suria mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Idul 1431H kepada semua penduduk taman ramal suria.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Sunday, August 22, 2010

Ihya Ramadan 1431h

Majlis Berbuka Puasa RamalSuria di Surau

Ustaz Naim sedang berkata sesuatu sambil memasak bubur lambuk.
 
Tn Hj Md Noh(Pengerusi) tidak ketinggalan bergilir mengayuh bubur lambuk.
Pengarah projek Berbuka(Ustaz Azmi Muda) bukan sahaja imam malah  pandai masak resepi istimewa.
En Megat juga memang berbakat dan biasa sangat keje-keje ni...

Dr Abu Bakar juga bekerja keras membantu menjayakan program
Menu- Sambal Udang
En Ghani mengayuh secara solo
En Kharuddin dan En Isharuddin
En Norahan, En Nasir(Penyedia tools), dan En Isharudin
Sekitar Tempat Gotong Royong
Imam Azman dan En Norahan
Tn Hj Bohani bersama regunya Imam Azman sedang pulun mengayuh periuk bubur lambuk
En Mustafa turut menjayakan program masak bubur lambuk